Arsenal perlu bijak atasi tekanan

Conte
Conte
A
A
A

Arsenal perlu bijak menangani tekanan sekiranya mahu menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pengendali Tottenham Hotspur, Antonio Conte berkata, cabaran sudah bermula buat Arsenal dalam baki perlawanan musim ini dan mereka perlu berada pada rentak terbaik untuk meraih kejuaraan.

Conte yang pernah menjulang kejuaraan EPL pada musim 2016-17 mengetahui ranjau yang bakal dihadapi The Gunners dalam perjalanan mereka menjulang EPL.

"Apabila anda berada di puncak liga, persepsi lawan anda berubah sama sekali. Anda merupakan pasukan terbaik dalam liga. Atas sebab tu, semua orang mahu mengalahkan anda.

"Yang pasti, Arsenal perlu berdepan situasi ini sebagai pilihan untuk menjuarai liga ketika ini kerana mereka berada di tangga teratas. Mereka perlu menunjukkan mereka bagus untuk menghadapi situasi seperti ini," katanya.

Dalam masa sama, Conte melihat saingan liga kali ini lebih terarah kepada perebutan antara Arsenal dan Manchester City.

"Dalam 10 tahun kebelakangan ini, ia sentiasa sama, antara City, Chelsea dan Liverpool. Mungkin Leicester (City). Kini Arsenal mempunyai peluang besar.

"Saya rasa mereka bermain dengan sangat baik. Sekarang mereka perlu menunjukkan mereka boleh kekal di sana sehingga akhir musim kerana saya pasti Manchester City tidak akan memberi laluan mudah. Saya fikir ia adalah persaingan antara Arsenal dan Manchester City," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!