Bantuan banjir RM1,000 akan diagih bulan depan

Hanafiah Mat
Hanafiah Mat
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kira-kira 16,000 ketua isi rumah (KIR) di Terengganu yang terjejas banjir baru-baru ini bakal menerima bantuan tunai sebanyak RM1,000 awal bulan depan.

Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat berkata, agihan bayaran itu akan dilakukan secara berperingkat mengikut Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula Februari.

Menurutnya, agihan bantuan tersebut dijangka melibatkan peruntukkan kira-kira RM16 juta.

"Ketika ini kerajaan negeri sedang meneliti senarai nama akhir KIR yang bakal menerima bantuan itu nanti dengan pengesahan dilakukan oleh pemimpin setempat.

"Kerajaan berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan penduduk yang ditimpa ujian kemusnahan harta benda akibat bencana tersebut," katanya pada Ahad.

Hanafiah yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Terengganu berkata, selain banatuan daripada kerajaan negeri, mangsa banjir juga bakal menerima sumbangan RM1,000 daripada kerajaan Persekutuan.

Jelas beliau, ia akan disalurkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dengan jumlah sama iaitu RM1,000 untuk setiap KIR yang disahkan berdaftar.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!