Rumah Ngaji bakal lebar sayap ke Makkah

Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh antara yang hadir ke program TOT Teknik Asas Tadabbur Zon Utara di Dewan Serbaguna Masjid An Nur, Batu 8 pada Ahad.
Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh antara yang hadir ke program TOT Teknik Asas Tadabbur Zon Utara di Dewan Serbaguna Masjid An Nur, Batu 8 pada Ahad.
A
A
A

IPOH - Sebuah Rumah Ngaji bakal diwujudkan di Makkah, Arab Saudi buat pertama kalinya pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, penubuhan Rumah Ngaji itu akan dibuat sempena misi Surah al-Insan ke Makkah pada penghujung Februari depan.

Marhaini menyampaikan ucapan sempena program TOT Teknik Asas Tadabbur Zon Utara di Dewan Serbaguna Masjid An Nur, Batu 8 pada Ahad.
Marhaini menyampaikan ucapan sempena program TOT Teknik Asas Tadabbur Zon Utara di Dewan Serbaguna Masjid An Nur, Batu 8 pada Ahad.

Jelasnya, Rumah Ngaji tersebut akan dikendalikan oleh rakyat Malaysia yang sudah bermastautin di sana.

"Kita dah ada orang Malaysia yang sudah bermastautin di Makkah dan dia tinggal satu kilometer dari Kaabah. Insya-ALLAH, team akan pergi pada 28 Februari dan akan berangkat balik pada 10 Mac, jadi antara masa itulah kita akan tubuhkan.

"Kita sudah ada Rumah Ngaji di Indonesia dan di Makkah ini yang pertama. Rumah Ngaji Makkah nanti akan menggunakan modul Rumah Ngaji yang kita ada pada hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian sempena program Training Of Trainers (TOT) Teknik Asas Tadabbur Zon Utara anjuran Warisan Ummah lkhlas dan Rumah Ngaji Negeri Perak di Dewan Serbaguna Masjid An Nur, Batu 8 di sini pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Sebahagian peserta yang hadir ke program TOT Teknik Asas Tadabbur Zon Utara di Dewan Serbaguna Masjid An Nur, Batu 8 pada Ahad.
Sebahagian peserta yang hadir ke program TOT Teknik Asas Tadabbur Zon Utara di Dewan Serbaguna Masjid An Nur, Batu 8 pada Ahad.

Hadir sama, Penasihat Rumah Ngaji Perak, Datuk Normah Hanum Ibrahim dan Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail.

Marhaini berkata, pihaknya amat mengalu-alukan mana-mana rakyat Malaysia yang bermastautin di luar negara untuk menubuhkan Rumah Ngaji di tempat mereka.

Sementara itu, mengenai program TOT Teknik Asas Tadabbur Zon Utara, Marhaini menjelaskan penyertaan melibatkan peserta dari tiga negeri iaitu dari Rumah Ngaji Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Jelasnya, ia merupakan program pertama yang dibuat di luar Shah Alam dan dijangka diadakan beberapa siri lagi.

Fazrul menyampaikan ucapan sempena program TOT Teknik Asas Tadabbur Zon Utara di Dewan Serbaguna Masjid An Nur, Batu 8 pada Ahad.
Fazrul menyampaikan ucapan sempena program TOT Teknik Asas Tadabbur Zon Utara di Dewan Serbaguna Masjid An Nur, Batu 8 pada Ahad.

"Sebenarnya antara misi kita juga sebab kita dah ada Akademi MyQurantime tapi kita turun ke negeri-negeri sebab mereka jadi tutorial dalam kumpulan kecil-kecil Rumah Ngaji untuk pertingkatkan pengajian di dalam MyQurantime. Itu harapan kita, dan sebenarnya ini latihan untuk guru-guru mengaji, guru tadabbur bersama Rumah Ngaji negeri.

"Ini merupakan yang pertama dibuat di luar dari Shah Alam. Akan datang kita akan ke Melaka bagi zon selatan kemudian kita juga akan ke Pahang untuk zon pantai timur," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!