Pesawat dinaiki 72 penumpang terhempas di Nepal
KATHMANDU - Sebuah pesawat dinaiki 72 penumpang dilaporkan terhempas di Nepal pada Ahad.
"Terdapat 68 penumpang dalam kapal dan empat anggota kru...anggota penyelamat sedang dalam perjalanan dan kami tidak dapat memastikan jika terdapat mangsa masih hidup," kata jurucakap Yeti Airlines, Sudarshan Bartaula memberitahu AFP.
Tambahnya, pesawat terhempas antara lapangan terbang lama dan baharu di Pokhara di tengah Nepal.
Pegawai tempatan, Gurudutta Dhakal berkata, bangkai kapal tersebut dilaporkan terbakar dan penyelamat cuba memadamkan api.
"Penyelamat sudah sampai sana dan cuba memadamkan kebakaran. Semua agensi kini sedang memberi tumpuan untuk memadamkan api terlebih dulu dan menyelamatkan penumpang," katanya. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!