9 Wanita UMNO cedera kemalangan pulang dari PAU 2022

Van dinaiki sembilan perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kemaman, Terengganu terlibat kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur pada Sabtu. - Foto: FB Noraini Ahmad
Van dinaiki sembilan perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kemaman, Terengganu terlibat kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur pada Sabtu. - Foto: FB Noraini Ahmad
A
A
A

KUANTAN – [DIKEMAS KINI] Sembilan Wanita UMNO cedera apabila terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke Kemaman selepas menghadiri persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) di Kilometer 240.6 Lebuhraya Pantai Timur arah Timur pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, van dinaiki sekumpulan wanita yang dipercayai ahli UMNO itu dipandu oleh pemuda berusia 37 tahun.

Menurutnya, van yang dinaiki kumpulan itu dikatakan terbabas akibat mengelak sebuah kenderaan lain yang brek secara mengejut.

“Siasatan awal mendapati, pemandu bersama sembilan orang penumpang dari arah Kuala Lumpur hendak menghala ke arah Kemaman selepas selesai program PAU 2022.

“Akibat kemalangan tersebut, pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan, namun sembilan penumpang wanita mengalami kecederaan ringan dan kini mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afazan (HTAA),” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Beliau memaklumkan, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku atas kecuaian pemandu yang tidak dapat mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.

"Kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad pada Sabtu memaklumkan mendapat perkhabaran tentang kemalangan yang melibatkan rombongan perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kemaman, Terengganu di Lebuhraya Pantai Timur ketika mereka di dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing pada petang Sabtu.

"Semoga ALLAH selamatkan mereka semua," ciapnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!