Sekurang-kurangnya 66 maut pesawat terhempas di Nepal

Lebih 60 mayat ditemukan dari lokasi nahas setakat ini. - Foto AFP
Lebih 60 mayat ditemukan dari lokasi nahas setakat ini. - Foto AFP
A
A
A

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 66 orang disahkan terbunuh apabila sebuah pesawat yang membawa 68 penumpang dan empat anak kapal terhempas di Nepal pagi Ahad.

Jurucakap Tentera Nepal, Krishna Bhandari memberitahu Agensi Anadolu bahawa 66 mayat telah ditemukan dari lokasi nahas setakat ini.

Usaha mengesan enam orang lagi mangsa sedang giat dijalankan.

Pegawai kanan di Kementerian Dalam Negeri, Fanindra Mani Pokharel memberitahu bahawa pesawat penumpang yang dikendalikan Yeti Airlines terhempas berhampiran Pokhara, sebuah destinasi pelancongan popular yang terletak 200 kilometer (120 batu) dari barat Kathmandu.

Jurucakap Polis Nepal, Tek Prasad Rai memaklumkan bahawa anggota polis dan tentera dikerah ke lokasi nahas.

Perdana Menteri Nepal, Pushpa Kamal Dahal melahirkan rasa sedih atas kemalangan tragis Yeti Airlines ANC ATR 72 yang dalam perjalanan dari Kathmandu ke Pokhara.

"Saya dengan tulus merayu kepada anggota keselamatan, semua agensi kerajaan Nepal, dan orang awam untuk memulakan penyelamatan yang berkesan," menurut ciapannya di Twitter.

Kedutaan India di Kathmandu pada Ahad mendedahkan maklumat yang diberikan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal bahawa lima warga India menaiki penerbangan itu.

Artikel Berkaitan:

"Kedutaan sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan dan sedang memantau keadaan," menurut misi itu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!