Sudah beristeri dua, masih curang dengan isteri orang

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEREMBAN - Sudah mempunyai dua isteri, namun suaminya masih bertindak curang sehingga pernah terkantoi apabila ‘kekasih gelapnya’ merupakan rakan sekerja isterinya.

Pasangan berkenaan telah mendirikan rumah tangga sejak 25 tahun lepas sebelum berkahwin lagi dengan isteri keduanya kira-kira lima tahun lepas di negara Thailand.

Jelas isteri pertamanya, yang mahu dikenali sebagai Mawar, 40, suaminya Rashid (bukan nama sebenar), 55, pada awal perkahwinan, suaminya itu melayannya dengan baik malah pandai menjaga anak serta tidak pernah gagal memberikan nafkah batin dan zahir.

“Semuanya baik-baik sahaja sehingga lima tahun lepas, dia membawa pulang sebuah kereta jenis Proton Persona ke rumah, katanya beli tunai di kedai.

“Bagaimanapun, semuanya hancur apabila suami mengakui ia merupakan pemberian isteri keduanya sebaik pulang dari Thailand," katanya.

Suami mendakwa dirinya tidak mendapat kepuasan yang baik daripadanya menyebabkan dia terpaksa berkahwin dengan seorang janda anak empat yang merupakan bekas kekasihnya pada zaman sekolahnya.

“Saya pernah minta diceraikan sebab jiwa saya terseksa dan rupanya ia tidak berakhir di situ apabila dia ‘kantoi’ curang lagi sekali dengan rakan sekerja madu saya.

“Ia berlaku apabila wanita itu juga merupakan isteri orang, berkenalan dengan Rashid melalui aplikasi Omi dengan nama Alias,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!