[VIDEO] 'Tiada peluang kedua buat Syamsul' - Puteri Sarah

Puteri Sarah di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin. - Foto Astro Awani/ Azrul Rafie
Puteri Sarah di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin. - Foto Astro Awani/ Azrul Rafie
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Puteri Sarah nekad dengan keputusan untuk memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada Isnin.

Puteri Sarah berkata, ia berikutan krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik selain menyatakan tiada peluang kedua buat suaminya.

"Ini adalah jalan terbaik dan keputusan saya muktamad," katanya.

Puteri Sarah yang mengenakan jubah hitam tiba di pekarangan mahkamah dengan diiringi adik-beradiknya kira-kira jam 10.25 pagi.

Turut hadir peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah.

Ketika ditanya mengenai soal perasaannya apabila ditemui pemberita, Sarah memberitahu bahawa dirinya ‘bersemangat’ selepas bangun dari tidur pagi tadi.

"Saya sudah bersedia selain bersemangat sebab ada adik-beradik datang menemani," ujarnya.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Artikel Berkaitan:

Pada 6 Januari lalu, Syamsul, 38, membuat pengakuan melalui video di Instagram bahawa dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand berwalikan bapa mentuanya, pelakon veteran Kazar Saisi.

Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak kepada Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!