Dua terbunuh, pesawat ringan terhempas di Afrika Selatan

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

JOHANNESBURG - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Afrika Selatan (SACAA) mengesahkan dua orang maut pada Ahad selepas sebuah pesawat ringan yang mereka naiki terhempas di Johannesburg,

Pesawat itu yang digunakan untuk penerbangan latihan berlepas dari Lapangan Terbang Grand Central di Midrand antara Pretoria dan Johannesburg, namun terhempas beberapa minit kemudian berhampiran sebuah lombong berdekatan stadium FNB di selatan Johannesburg.

"Dua penumpang maut. Pesawat juga mengalami kerosakan yang besar,” Anadolu Agency memetik SACAA sebagai berkata dalam satu kenyataan.

Punca kemalangan yang berlaku pada 9 pagi waktu tempatan (0700GMT) masih belum didedahkan oleh SACAA dan memaklumkan laporan awal akan dikeluarkan dalam tempoh 30 hari. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!