Warga emas rentung, enam rumah terbakar

Kebakaran enam rumah di Bagan Ikan, Bagan Datuk menyebabkan seorang warga emas ditemukan rentung. - Foto ihsan Bomba Perak
Kebakaran enam rumah di Bagan Ikan, Bagan Datuk menyebabkan seorang warga emas ditemukan rentung. - Foto ihsan Bomba Perak
A
A
A

BAGAN DATUK - Seorang lelaki warga emas ditemukan maut dalam kebakaran deretan enam rumah di Bagan Ikan di sini pada Isnin.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Ong Chok Seng, 83, ditemukan rentung manakala cucunya, wanita berusia 24 tahun mengalami kecederaan di lutut dipercayai terjatuh ketika menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang, Asmahisham Ab Aziz berkata, sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 6.42 pagi.

"Setibanya di lokasi, api marak membakar enam rumah kelas C dan pasukan dimaklumkan terdapat seorang mangsa terperangkap dalam rumah berkenaan.

"Anggota bomba kemudiannya bertindak melakukan pemadaman bagi mengawal api dari terus merebak ke rumah bersebelahan sekali gus berusaha menyelamatkan mangsa," katanya ketika dihubungi di sini.

Anggota bomba menjalankan operasi memadam kebakaran enam rumah di Bagan Ikan, Bagan Datuk pada Isnin. - Foto ihsan Bomba Perak
Anggota bomba menjalankan operasi memadam kebakaran enam rumah di Bagan Ikan, Bagan Datuk pada Isnin. - Foto ihsan Bomba Perak

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemukan mangsa terbaring dalam sebuah bilik di rumah kedua terbabit.

"Keenam-enam rumah yang dihuni 25 orang itu musnah 90 peratus. Kejadian ini turut memusnahkan kereta jenis Toyota Altis dan Perodua Kancil serta sebuah motosikal.

Artikel Berkaitan:

"Operasi mengambil masa hampir tujuh jam sebelum ditamatkan pada jam 1.21 petang," katanya.

Asmahisham berkata, punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Jelasnya, operasi terbabit melibatkan 35 pegawai dan anggota bomba termasuk bantuan daripada BBP Teluk Intan, Unit Anjing Pengesan (K9) Bomba dan Pasukan Bomba Sukarela Bagan Datuk dan Bagan Sungai Tiang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!