PH sedia gempur Pas di Kelantan

Dr Hafidzah
Dr Hafidzah
A
A
A

KOTA BHARU - Pakatan Harapan (PH) Kelantan sudah berada dalam 'mood' bersedia untuk menggempur Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Wanita PH, Dr Hafidzah Mustaqim berkata, pihaknya sudah menggariskan beberapa perubahan dan penambahbaikan yang akan dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat 'dihidangkan' kepada rakyat negeri ini.

"PH kalah di Kelantan baru baru ini, kerana propaganda yang dimainkan menerusi perkauman dan sentimen sempit keagamaan.

"Hakikatnya, ia adalah pembohongan yang dilakukan bagi mengaburi mata para pengundi untuk menolak PH," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Isnin.

Beliau memberitahu, PH yakin pengundi semakin cerdik dan sudah boleh memahami prinsip keadilan dan kemakmuran yang diberikan oleh Kerajaan Perpaduan.

Ujarnya, jentera wanita PH termasuk Angkatan Wanita Parti Amanah Negara (Awan) Kelantan akan meneruskan gerak kerja penerangan kepada akar umbi.

Dr Hafidzah berkata, pihaknya akan membawa nafas baharu untuk mengubah nasib wanita di negeri ini supaya lebih berdaya saing.

"Kita berharap akan ada perubahan untuk PRN akan datang. Untuk menemui sasaran undi 18 tahun, PH mesti menggunakan media utama mereka iaitu TikTok dan Twitter," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!