[VIDEO] Nikah di Thailand, Ira Kazar langgar perintah injunksi - Peguam

Dari kiri: Ira Kazar, Puteri Sarah
Dari kiri: Ira Kazar, Puteri Sarah
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Puteri Sarah akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ira Kazar, kakaknya dan bapa mereka yang juga pelakon veteran, Kazaruddin Saisi kerana melanggar perintah injunksi oleh Mahkamah Sivil Kuala Lumpur, Jun lalu.

Peguam Syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili pelakon itu berkata, permohonan komital akan dibuat agar mahkamah menjatuhi hukuman penjara dan denda kepada Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini, 27, serta dua ahli keluarganya itu.

Beliau berkata, mereka pernah melanggar perintah berkenaan sebelum ini dan akur dengan permintaan itu selepas pihaknya menghantar surat injunksi.

“Namun, kali ini pelanggaran yang dilakukan adalah amat dahsyat kerana Ira tidak boleh sama sekali mengganggu Syamsul (Mohd Shamsul Md Yusof) sehingga kes saman itu selesai.

“Ira melanggar perintah mahkamah dengan pergi ke luar negara untuk bernikah tanpa izin mahkamah di sini,” katanya.

Pada Jun tahun lepas, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan saman sivil di Mahkamah Sesyen di sini terhadap Ira atas dakwaan menerima gangguan dan ugutan daripada wanita itu menerusi media sosial.

Puteri Sarah atau nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, turut memperoleh perintah injunksi daripada mahkamah sama, antara lain bagi menghalang Ira menghampiri dan mengganggu plaintif, suami dan keluarganya.

Untuk rekod Puteri Sarah dan Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof, 39, berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Artikel Berkaitan:

Pada 6 Januari lalu, pengarah filem Mat Kilau itu akhirnya mengotakan janji untuk ‘meletak titik noktah’ pada teka-teki perhubungannya dengan Ira Kazar apabila mengakui sudah menikahi wanita itu, di Thailand.

Susulan itu, Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur terhadap Syamsul pada Isnin.

Mahkamah kemudiannya menetapkan sebutan kes, pada 7 Mac depan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!