Isu telur: Rafizi hentam Pas, Bersatu
16 Januari 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BULETIN TIKTOK 16 JANUARI 2023
Semalam isu telur berbangkit lagi apabila Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata isu kehabisan bekalan telur ini berpunca daripada kerajaan sebelum ini yang diterajui oleh Pas dan Bersatu.
Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh sebelum ini berkata, kekurangan bekalan telur di pasaran dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh enam bulan lagi.
Terdahulu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu juga berkata kerajaan bersetuju mengimport telur ayam dari beberapa sumber luar sebagai langkah jangka pendek untuk memastikan bekalan mencukupi.
Muzik: Artlist.co