A&W di Bukit Bendera mula beroperasi hari ini
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, George Ang dalam satu kenyataan, A&W telah memiliki dua cawangan di Pulau Pinang iaitu di pusat beli-belah 1st Avenue Mall dan di Mydin Bukit Mertajam.
Katanya, restoran cawangan baharu itu turut diberi sentuhan dekorasi kontemporari, moden dan selesa sesuaian dengan trend semasa bagi menarik pelancong di Bukit Bendera.
"Restoran A&W terbaharu ini terletak di Lot 234, Lower Station Penang Hill, Ayer Itam iaitu berhampiran dengan stesen pangkalan di Jalan Stesen Keretapi Hill," katanya.
George berkata, restoran itu akan mula beroperasi sepenuhnya hari ini (18 April 2019) dari jam 9 pagi hingga 11 malam setiap hari.
Tambahnya, rangkaian jenama A&W turut merancang untuk menambah jumlah cawangan kepada 100 buah menjelang 2021.
Sempena pembukaan cawangan baharu di Bukit Bendera, A&W menawarkan tag bagasi rooty secara percuma kepada 400 pelanggan terawal yang membuat pembelian RM25 ke atas selagi stok masih ada.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!