Arab Saudi jadi tuan rumah sidang kemuncak G20 pada 2020

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

RIYADH - Arab Saudi mengumumkan bahawa ia akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak G20 dalam bulan November tahun depan di ibu kota Riyadh, lapor agensi berita China Xinhua memetik stesen penyiar Al Arabiya TV pada Rabu.

Mesyuarat G20 buat julung kalinya akan berlangsung di bumi Arab dalam bulan November 2020, menurut kenyataan akhir sidang kemuncak G20 tahun lepas di Buenos Aires, Argentina, yang mengesahkan bahawa sidang kemuncak itu akan diadakan di Jepun pada 2019, dan Arab Saudi pada 2020.

Arab Saudi mengesahkan bahawa ia tidak sabar untuk menganjurkan acara itu.

Pemimpin dunia G20 bertemu buat pertama kalinya pada 2008 dengan fokus untuk menyelamatkan ekonomi global daripada krisis kewangan terburuk dalam tempoh lebih 70 tahun. -Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!