Rusia nekad 'bakar' kereta kebal Britain
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
MOSCOW - Kremlin memberi amaran bahawa tentera Rusia akan 'membakar' kereta kebal Britain selepas negara tersebut mengumumkan untuk menghantar bantuan ketenteraan kepada Ukraine.
"Operasi khas ketenteraan akan diteruskan. Kereta kebal ini akan dibakar," kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov.
Tambahnya, rancangan beberapa negara Barat seperti United Kingdom (UK) dan Poland untuk menghantar kereta kebal ke Ukraine 'tidak mengubah keadaan di lapangan perang' dan ia akan menjadi semakin rumit.
Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak telah berjanji pada hujung minggu lalu membekalkan kereta kebal British Challenger 2 kepada Kiev.
Pada awal bulan ini, Perancis juga untuk menghantar kereta kebal AMX-10 RC ke Ukraine.
Manakala Warsaw memberi isyarat bahawa ia bersedia menghantar kereta kebal Leopard kepada negara jirannya itu.
Kremlin pula mengutuk tindakan penghantaran senjata Barat ke Ukraine. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!