Aston Villa, Chicago Fire capai kesepakatan untuk Duran

Duran
Duran
A
A
A

ASTON Villa telah mencapai persetujuan dengan Chicago Fire untuk perpindahan pemain Colombia, Jhon Duran.

Menurut kelab Liga Perdana Inggeris itu, pemain berusia 19 tahun tersebut yang mempunyai tiga caps, menjaringkan lapan gol untuk Chicago Fire musim lalu dalam Major League Soccer (MLS).

“Perjanjian itu tertakluk kepada pemain yang lulus ujian perubatan, bersetuju dengan syarat peribadi dan mendapatkan visa kerja yang diperlukan,” kata Villa dalam satu kenyataan.

Difahamkan laporan di laman web rasmi liga Amerika berkata, perjanjian itu bernilai sehingga AS$22 juta.

Untuk rekod, kelab Midlands itu berada di tangga ke-11 dalam Liga Perdana Inggeris dengan 25 mata selepas 19 perlawanan.

Aston Villa akan melawat pasukan tercorot Southampton pada hujung minggu ini.

The Villa sebelum itu menandatangani bek kiri Sepanyol Alex Moreno dari Real Betis awal bulan ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!