LBS mahu berkembang maju disebalik cabaran global 2023

Mesyuarat tahunan 'Town Hall' LBS 2023 telah berlangsung dengan jayanya dengan mengumpulkan lebih dari 800 warga kerja LBS, di Ibu Pejabat LBS, Petaling Jaya, di sini, baru-baru ini.
Mesyuarat tahunan 'Town Hall' LBS 2023 telah berlangsung dengan jayanya dengan mengumpulkan lebih dari 800 warga kerja LBS, di Ibu Pejabat LBS, Petaling Jaya, di sini, baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - “Believe, Become, Behold”. Tiga slogan korporat Kumpulan LBS Bina Group (LBS) ini memberi gambaran kerja berpasukan merupakan aspek utama dalam membantu memastikan kemajuan sesebuah syarikat.

Itu adalah perkara yang ditekankan dalam mesyuarat ‘Town Hall’ yang diadakan di Ibu Pejabat LBS, Petaling Jaya, di sini, baru-baru ini, bersama warga kerja LBS bagi berkongsi objektif dan hala tuju syarikat bagi tahun 2023.

Tema ‘Town Hall’ kali ini adalah (Tu) Possibilities & Beyond! di mana ianya membawa maksud keinginan dan semangat untuk menerima baik sebarang perkembangan dan merancang strategi baharu untuk memajukan LBS dengan kerja keras dan penuh tanggungjawab.

Pengerusi Eksekutif LBS,Tan Sri Lim Hock San, perkataan Cina ‘Tu’ mempunyai bunyi yang sama seperti ‘To’ manakala zodiak Cina tahun ini, Arnab mewakili kepintaran, kebijaksanaan dan ketangkasan.

“Tahun 2022 merupakan tahun yang mencabar bagi LBS dan kami menjangkakan trend itu akan berterusan pada tahun ini. Meskipun menghadapi tahun yang mencabar, kami berjaya mencapai jualan tertinggi dalam sejarah LBS.

“Sasaran jualan kami dilihat meningkat selama empat tahun berturut-turut dan kami yakin dengan sokongan anda, sasaran jualan baharu tahun ini pasti dapat dicapai. LBS akan terus komited dan bekerjasama untuk menawarkan pelbagai projek menarik kepada pelanggan dan pada masa yang sama, mencapai sasaran jualan kami sebanyak RM2 bilion,”katanya.

Menurutnya, budaya kerja di LBS adalah perkara penting yang akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengarah Eksekutif LBS, Datuk Cynthia Lim, berkata, tenaga kerja di LBS terdiri daripada pelbagai generasi yang berbeza umur serta pengalaman di dalam syarikat mahupun dalam kalangan keluarga.

“Jurang generasi boleh mengakibatkan masalah komunikasi yang tidak dapat dielakkan. Dilahirkan dalam kalangan generasi Gen X, adalah sangat penting untuk kita memahami dan menerima perbezaan pekerja di LBS tanpa mengabaikan perbezaan generasi sama ada mereka adalah baby boomer atau milenial.

“Menerima baik dan bersifat terbuka terhadap perbezaan, semestinya dapat mengajar kita untuk bekerjasama dengan lebih baik, seiring dengan pencapaian dan kemajuan berterusan syarikat,”katanya.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LBS dan Jurucakap Pendigitalan LBS, Lucas Lim, turut menekankan elemen dan kaedah LBS di dalam menerajui pendigitalan di pasaran pemaju hartanah.

“LBS telah melalui fasa pendigitalan dan amat penting terutamanya semasa wabak pandemik dan ianya merupakan salah satu elemen yang membantu LBS untuk menghadapi cabaran dengan konsisten.

“Selaras dengan matlamat syarikat untuk mengaplikasikan pendigitalan dalam operasi, LBS telah menggunakan pelbagai pendekatan saluran platform digitalnya, daripada tempahan maya hingga menawarkan paparan penuh rumah pameran 360 darjah. Mesyuarat ‘Town Hall’ yang juga dijalankan melalui pendekatan hibrid berfungsi sebagai platform yang relevan,”katanya.

Lebih 800 kakitangan dari LBS Bina Group Berhad termasuk anak syarikatnya, MGB Berhad, dan Zhuhai International Circuit Limited (ZIC) hadir secara fizikal dan virtual pada mesyuarat tersebut. Pembentangan prestasi dan aktiviti syarikat yang diadakan sepanjang tahun 2022 turut dikongsikan.

Mesyuarat ‘Town Hall’ kekal dilihat sebagai platform yang relevan dan komprehensif untuk berkongsi perancangan dan prestasi syarikat diantara pengurusan dan kakitangan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!