MR D.I.Y. dinobat ‘Putra Enterprising Brand of the Year’

Goh (kanan) menerima anugerah ‘Putra Enterprising Brand of the Year’ 2022 daripada Presiden Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As), Andrew Lee (tengah) dan Pengerusi Penganjur, Putra Brand Awards 2022, Datuk Johnny Mun (kiri).
Goh (kanan) menerima anugerah ‘Putra Enterprising Brand of the Year’ 2022 daripada Presiden Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As), Andrew Lee (tengah) dan Pengerusi Penganjur, Putra Brand Awards 2022, Datuk Johnny Mun (kiri).
A
A
A

KUMPULAN MR D.I.Y. [M] Berhad (MR D.I.Y.) telah dinobatkan sebagai “Putra Enterprising Brand of the Year” dalam edisi Putra Brand Awards 2022 baru-baru ini.

Pencapaian itu merupakan tahun kedua berturut-turut MR D.I.Y. menerima Putra Brand Award kerana pada tahun 2021, peruncit tersebut telah menerima anugerah ‘Emas’ bagi kategori runcit.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh, berkata, anugerah itu amat bermakna kerana ia adalah hasil undian pengguna dan visi kami di MR D.I.Y. adalah untuk menyediakan barangan keperluan kepada rakyat dengan janji “Always Low Prices” dan anugerah ini membuktikan bahawa kami berjaya memenuhinya dengan efektif.

“Kami berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas kesetiaan mereka yang berterusan dan mendedikasikan anugerah ini kepada 16,000 kakitangan atas kesungguhan dan usaha gigih mereka.

“Anugerah ini telah memberi lebih inspirasi kepada kami untuk mencipta pengalaman peruncitan yang inovatif sekali gus memenuhi imaginasi pengguna, menyampaikan nilai, serta mencipta impak yang positif dalam kehidupan rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Putra Brand Awards adalah unik kerana ia berdasarkan pilihan orang ramai dan anugerah tersebut menjemput orang awam mengundi jenama kegemaran mereka dalam pelbagai kategori yang kemudiannya dinilai melalui kaedah penyelidikan pengguna yang terperinci dengan menggunakan respons pengguna yang direkodkan terus oleh Ipsos, sebuah peneraju global dalam penyelidikan pasaran.

Pada tahun 2022, lebih 6,000 pengguna telah menghantar 25,000 respons untuk menentukan jenama yang akan menjadi peneraju pasaran dalam kategori masing-masing.

‘Putra Enterprising Brand of the Year’ adalah salah satu anugerah yang paling mendapat tumpuan dalam acara tersebut.

Artikel Berkaitan:

Ia mewakili pencapaian cemerlang penerimanya dalam membangunkan sebuah jenama yang berjaya mencipta jejak yang kukuh dalam pasaran antarabangsa melalui inovasi produk atau perkhidmatan, pemasaran yang komprehensif dan program komunikasi serta komitmen tanggungjawab sosial korporat yang tinggi.

Anugerah-anugerah pada tahun ini telah diumumkan dan disampaikan dalam sebuah majlis yang diadakan di sebuah hotel di Petaling Jaya pada 13 Januari lepas.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!