Puluhan cedera akibat tangki minyak meletup di Thailand
Insiden berlaku kira-kira 9.15 pagi waktu tempatan apabila kapal tangki minyak itu berlabuh di limbungan Sungai Mae Klong di daerah Muang sebelum meletup dan menyebabkan kebakaran, menurut akhbar tempatan Thailand Matichon.
Beberapa pekerja dilaporkan hilang manakala kediaman yang berada di sekitar kawasan terbabit dilaporkan rosak teruk.
Pasukan penyelamat sedang berusaha mengawal kebakaran dan memindahkan mangsa yang cedera. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!