Wang bantuan lesap: KPM sahkan berlaku pelanggaran SOP

Sinar Harian pada Isnin melaporkan wang bantuan awal persekolahan berjumlah lebih RM100,000 yang diperuntukkan untuk sebuah sekolah di Beranang, di sini, disyaki disamun penjenayah pada Isnin.
Sinar Harian pada Isnin melaporkan wang bantuan awal persekolahan berjumlah lebih RM100,000 yang diperuntukkan untuk sebuah sekolah di Beranang, di sini, disyaki disamun penjenayah pada Isnin.
A
A
A

IPOH - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengesahkan berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) berhubung insiden samun wang tunai RM109,000 bagi Bantuan Awal Persekolahan di Semenyih, Selangor pada Isnin.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, berdasarkan SOP yang ditetapkan, wang tunai melebihi RM10,000 mesti dibawa dengan dua pengiring atau polis.

Jelas beliau, pihaknya mengambil serius dengan kejadian yang berlaku dan sedang menunggu laporan siasatan daripada pihak polis, tindakan lanjut akan dibuat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.

"Kita ada SOP yang cukup ketat bahawa lebih daripada RM10,000 mestilah ada escort inikan pula satu jumlah yang cukup besar, jadi kita sedang menunggu laporan polis, JPN Selangor dan kemudian kita akan ambil tindakan. Kita tak akan kompromi.

"Saya tak boleh simpulkan apa-apa selagi tidak dapat laporan penuh daripada JPN dan polis," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke negeri Perak di Sekolah Kebangsaan Chemor di sini pada Selasa.

Fadhlina beramah mesra dengan murid-murid SK Chepor ketika lawatan kerjanya ke Perak di sini pada Selasa.
Fadhlina beramah mesra dengan murid-murid SK Chepor ketika lawatan kerjanya ke Perak di sini pada Selasa.

Sementara itu, Fadhlina memberi jaminan bahawa murid yang sepatutnya menerima bantuan tersebut akan menerima wang berkenaan.

Jelasnya, pengagihan wang bantuan berkenaan berjalan lancar di tempat-tempat lain.

Artikel Berkaitan:

"Ini hak mereka, kita akan terus pertahankan... kita jaga dan pastikan mereka dapat hak serta akan lihat prosesnya. Tindakan kepada guru besar terserah pada JPN.

"Kita tak mahu isu ini berlaku lagi kerana melibatkan amanah yang besar dan hak anak-anak ini untuk mendapatkan bantuan," katanya.

Dalam kejadian pada Isnin, wang bantuan awal persekolahan berjumlah lebih RM100,000 yang diperuntukkan untuk sebuah sekolah di Beranang, Selangor disyaki disamun penjenayah.

Wang dipercayai dikeluarkan dari sebuah bank oleh guru besar sekolah berkenaan di Pekan Semenyih pada jam 10 pagi itu sepatutnya diagihkan kepada pelajarnya pada Selasa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!