Pelukis sumbang 10 peratus hasil jualan untuk dana kucing

Orang ramai melihat hasil karya pada pameran dan jualan lukisan di Plaza Shah Alam sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Orang ramai melihat hasil karya pada pameran dan jualan lukisan di Plaza Shah Alam sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 10 peratus hasil jualan lukisan ahli Persatuan Penggiat Senilukis Kelantan (Pelukis) disumbangkan kepada Kelab Kucing Malaysia (KKM) untuk membeli makanan dan ubat-ubatan haiwan tersebut.

Pengerusi Pelukis, Ramlee Hamzah berkata, dana itu bagi memastikan bekalan makanan dan ubatan disalurkan berterusan di pusat perlindungan haiwan berkenaan.

"Pihak persatuan perlu bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk memasarkan karya kami dengan mengadakan pameran di luar Kelantan selain daripada jualan lukisan secara dalam talian," katanya pada pameran lukisan di Plaza Shah Alam sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada Selasa.

Pameran lukisan itu bermula dari 7 hingga 20 Januari lalu mengetengahkan hasil lukisan pelukis dari seluruh negara.

Sebelum ini, pameran sama turut diadakan di Wangsa Walk Kuala Lumpur selama 10 hari.

Ditanya mengenai masalah dihadapi pelukis semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Ramlee berkata, antara pihak paling terkesan adalah pelukis jalanan.

Ujar beliau, pelukis jalanan antara pengkarya yang sukar mendapat tempahan daripada pelanggan kerana tidak boleh berada di tempat awam.

Bagaimanapun, jelas beliau pelukis kini boleh kembali bergerak mencari rezeki seperti biasa setelah PKP berakhir dengan menjalin kerjasama bersama pihak hotel dan pusat komersial seperti Plaza Shah Alam di sini.

Artikel Berkaitan:

"Kami di Kelantan masih kekurangan tempat seperti galeri lukisan, tapak jualan lukisan yang agak terbatas.

"Kita bekerjasama dengan hotel di Kota Bharu untuk mendapatkan ruang menjual karya," jelasnya.

Sehubungan itu, katanya, beliau berharap peminat seni lukis di Lembah Klang dapat hadir ke Plaza Shah Alam untuk membeli hasil karya pelbagai medium seperti cat minyak dan arang dengan harga serendah RM70 hingga RM5,000.

Orang ramai boleh melihat aktiviti Pelukis, menerusi akaun Facebook Persatuan Penggiat senilukis Kelantan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!