Lelaki terjatuh sungai ketika menjala ditemui lemas

Laporan Sinar Harian pada malam Isnin.
Laporan Sinar Harian pada malam Isnin.
A
A
A

DUNGUN - Seorang lelaki berusia 21 tahun yang terjatuh ke dalam sungai ketika menjala ikan di Hulu Paka, di sini pada Isnin ditemukan lemas.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mayat Muhammad Zuhaily Roslan ditemui pasukan penyelamat pada jam 2.15 petang Selasa.

"Mayat mangsa berjaya ditemui pada kedalaman lima meter iaitu pada jarak kira-kira 50 meter daripada lokasi dia dipercayai tergelincir," katanya di sini pada Selasa.

Menurutnya, jenazah Muhammad Zuhaily yang berasal dari Kampung Gong Gemia, Paka dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Muhammad Zuhaily dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Hulu Paka, di sini pada Isnin.

Mangsa dikatakan melintasi anak sungai untuk menjala ikan sebelum tergelincir dan dibawa arus.

Bagaimanapun, seorang rakan yang turut bersama mangsa ketika kejadian terselamat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!