Malaysia, China perkukuh hubungan bidang pertanian

Mohamad Sabu menyampaikan cenderahati kepada TYT Ouyang Yujing.
Mohamad Sabu menyampaikan cenderahati kepada TYT Ouyang Yujing.
A
A
A

PUTRAJAYA – Hubungan baik antara Malaysia dan China akan terus diperkukuh khususnya dalam bidang pertanian.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) dalam satu kenyataan memaklumkan, kerjasama baharu itu dibentuk selepas hasil pertemuan Menteri MAFS, Mohamad Sabu dengan Duta Besar Republik Rakyat China, TYT Ouyang Yujing yang berkunjung ke Putrajaya pada Selasa.

TYT Ouyang Yujing (dua dari kiri) membincangkan kerjasama dua hala Malaysia-China menerusi bidang pertanian.
TYT Ouyang Yujing (dua dari kiri) membincangkan kerjasama dua hala Malaysia-China menerusi bidang pertanian.

"Pertemuan pertama ini membincangkan cadangan kerjasama dua hala dalam bidang pertanian antara kedua-dua negara.

"Antaranya, kerjasama dalam pertanian moden dan penyelidikan pertanian.

"China bersedia untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam polisi berkaitan pembasmian kemiskinan melalui program pertanian, mewujudkan pasaran komoditi dan rantaian nilai makanan yang mampan serta penggunaan pertanian pintar dalam pengeluaran bijirin," menurut kenyataan itu pada Selasa.

Kenyataan itu turut memaklumkan, kedua-dua negara juga bersedia untuk memperkukuhkan perdagangan dua hala dalam bidang pertanian selaras dengan keperluan bagi menjamin sumber makanan yang mampan dan berterusan.

Mohamad Sabu (enam dari kanan) bersama pegawai MAFS bergambar kenangan bersama TYT Ouyang Yujing (enam dari kiri).
Mohamad Sabu (enam dari kanan) bersama pegawai MAFS bergambar kenangan bersama TYT Ouyang Yujing (enam dari kiri).

Artikel Berkaitan:

"Malaysia berharap agar China akan terus berkongsi kejayaan dengan rakan-rakan dagang bagi mencapai kemakmuran bersama, terutamanya dalam bidang pertanian," kata kenyataan itu.

Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Setiausaha MAFS, pegawai-pegawai kanan MAFS, Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, wakil Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan serta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!