Polis Itali tangkap ketua mafia Sicily paling kejam

Messina Denaro - Foto Agensi
Messina Denaro - Foto Agensi
A
A
A

PALERNO - Polis Itali berjaya memberkas salah seorang ketua mafia Sicily paling terkenal dan paling kejam yang melarikan diri selama 30 tahun.

Messina Denaro ditahan selepas melawat sebuah klinik kesihatan Palermo, ibu kota Sicily bagi mendapatkan rawatan kanser.

Dia bagaimanapun menyerah diri tanpa melawan.

Lelaki berusia 60 tahun itu dilaporkan 'mengisi tanah perkuburan' dengan mangsa dibunuhnya dan menjadi terkenal di Cosa Nostra, sebuah kawasan sindiket jenayah yang ditonjolkan dalam filem Godfather.

Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni yang melawat Palermo bagi mengucapkan tahniah kepada pegawai polis menyifatkan tangkapan itu sebagai kejayaan besar menumpaskan jenayah terancang di negara berkenaan.

Denaro melarikan diri sejak 1993 dipercayai sedang menjalani rawatan berkala kanser kolon dan menggunakan kad pengenalan palsu. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!