Disiplin ahli pacu kejayaan parti

Mohd Khairuddin ketika dalam Wacana Sinar Harian bertajuk ‘Politik: Bergolak tak sudah’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Selasa.
Mohd Khairuddin ketika dalam Wacana Sinar Harian bertajuk ‘Politik: Bergolak tak sudah’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Kejayaan sesuatu organisasi termasuklah parti politik sangat bergantung kepada pengukuhan aspek disiplin dalam kalangan ahli-ahli.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, mana-mana institusi parti akan hancur dan rosak sekiranya aspek tersebut diabaikan.

“Kejayaan sesuatu organisasi parti ialah pada pengukuhan disiplinnya, bererti apa sahaja urusan yang tidak puas hati mesti diselesaikan dengan cara parti, di tempatnya dan tidak memudaratkan parti.

“Saya ketika di dalam Pas dahulu, bila saya tidak suka sesuatu benda saya akan bercakap dalam mesyuarat atau forum secara tertutup dan saya tidak pernah membuat sesuatu kenyataan yang bertentangan dengan parti.

“Tetapi bila saya keluar parti, saya ada pandangan, saya beri pandangan terhadap parti, bukan parti saya, itu di luar dari kerangka parti. Itu tidak mengapa,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi Wacana Sinar Harian bertajuk ‘Politik: Bergolak tak sudah’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Selasa.

Turut menjadi panel ialah Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail; Pengasas Pergerakan Rakyat Penyelamat Negara (Rapera), Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Ujar beliau, parti akan lebih mudarat sekiranya ahli-ahli mengkritik parti mereka sendiri.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, tindakan membuka mulut bercerita mengenai masalah dalaman parti tidak wajar kerana ia tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada parti.

“Ibarat kita dalam rumah tangga, suami isteri ada masalah, tetapi kita buka (masalah itu) di luar melalui Facebook dan sebagainya, maka itu tidak wajar.

“Kita mesti pentingkan parti kita. Saya mengajak semua, sama ada DAP, PKR, Parti Amanah Negara (Amanah), Pas dan UMNO, nombor satu adalah disiplin.

“Orang yang tidak ada disiplin ini, duduk mana-mana pun, dia akan bermasalah,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!