Contohi British Airways benarkan pramugari berhijab

Buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun, British Airways memperkenalkan pakaian seragam baharu dengan menyertakan pilihan tunik dan tudung untuk kru kabin wanita sebagai pilihan pertama atau ‘airlines first’. Foto: Sumber internet.
Buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun, British Airways memperkenalkan pakaian seragam baharu dengan menyertakan pilihan tunik dan tudung untuk kru kabin wanita sebagai pilihan pertama atau ‘airlines first’. Foto: Sumber internet.
A
A
A

BILA British Airways memperkenalkan pakaian seragam baharu yang lebih sopan dan bertudung kepada pramugari dan kakitangan wanita, Merak Jalanan sangat teruja.

Nampak langkah syarikat yang berpangkalan di London itu lebih islamik.

Merak Jalanan tertanya-tanya, bila agaknya Malaysia Airlines boleh mengikut langkah British Airways itu?

Malu rasanya kalau Malaysia Airlines tidak mampu melaksanakan dasar ini sedangkan majoriti pramugari dan kakitangan wanita syarikat penerbangan itu beragama Islam.

Merak Jalanan difahamkan sehingga sekarang syarat untuk menjadi pramugari mestilah tidak bertudung dan perlu mematuhi etika berpakaian yang telah ditetapkan.

Mungkin sudah sampai masanya Malaysia Airlines memberi opsyen kepada pramugari mereka untuk memilih berpakaian menutup aurat dan bertudung sewaktu bertugas sebagai staf kabin.

Merak Jalanan yakin, berhijab bukan lagi sesuatu yang janggal dan ketinggalan zaman. Bukan sahaja nampak semakin manis dan menawan, malah mengangkat martabat golongan wanita Muslim!

Begitu juga mengenai hidangan minuman beralkohol di dalam pesawat. Sudah sampai masa kerajaan campur tangan dalam isu ini.

Artikel Berkaitan:

Sepatutnya, kerajaan Malaysia menunjukkan contoh teladan terbaik kepada negara-negara lain khususnya dunia Islam bahawa Malaysia tidak sesekali boleh berkompromi dalam isu minuman arak terutama dalam pesawat.

Hidangan arak juga merupakan tindakan tidak relevan kerana boleh mendatangkan keburukan dalam pesawat.

Merak Jalanan harap, selain transformasi pengurusan dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan, inisiatif memperkenalkan pilihan seragam baharu seperti British Airways sewajarnya dijadikan panduan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!