Ahmad Maslan cadang 7 cara kurangkan hutang negara
SHAH ALAM - Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan mengemukakan tujuh cadangan bagi mengurangkan hutang negara sebanyak RM1.5 Trilion.
Jelas beliau, antaranya adalah menambah pendapatan kerajaan, mengurangkan ketirisan seperti rasuah dan mengetatkan penguatkuasaan seperti menghapuskan penyeludupan.
Menurutnya, cadangan lain adalah mengurangkan ekonomi gelap, meningkatkan pendigitalan ekonomi dan mengelakkan segala bentuk pembaziran.
Pada masa sama, Ahmad turut berpendapat bahawa langkah pemberian subsidi bersasar juga boleh digunakan bagi mengurangkan beban hutang tersebut.
Pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hutang negara termasuk liabiliti telah mencecah sebanyak RM1.5 trilion.
Jelas Anwar, perkara tersebut hendaklah ditangani dengan segera.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kedudukan ekonomi negara masih belum kukuh dan ia turut berkait dengan perkembangan antarabangsa.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!