Pengangkutan awam percuma untuk OKU

Golongan OKU bakal menikmati kemudahan pengangkutan awam secara percuma. (Gambar kecil: Nancy)
Golongan OKU bakal menikmati kemudahan pengangkutan awam secara percuma. (Gambar kecil: Nancy)
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) bersetuju untuk memberi tambang percuma pengangkutan awam kepada orang kurang upaya (OKU).

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri menerusi ciapan di Twitter pada Rabu.

Menurutnya, sebelum mesyuarat kabinet berlangsung beliau sempat berbincang dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berhubung perkara itu.

"Beliau bersetuju secara prinsip dan akan memikirkan mekanisme yang terbaik untuk melaksanakannya," tulis Nancy.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!