Wolves ikat Sarabia dari PSG
WOLVES mengambil langkah proaktif apabila mengikat pemain Paris Saint-Germain (PSG), Pablo Sarabia untuk kekal bersaing secara kompetitif dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL).
Pemain berusia 31 tahun itu difahamkan menandatangani kontrak selama dua tahun setengah bersama Wolves.
Sarabia yang beraksi bersama Sepanyol pada kempen Piala Dunia Qatar 2022 bulan lalu merupakan pemain ketiga ditandatangani Wolves sejak dibimbing Julen Lopetegui.
Wolves dilaporkan membelanjakan sebanyak 4.3 juta euro (RM22.88 juta) untuk mendapatkan khidmat pemain sayap itu.
Dia yang dipinjamkan ke Sporting CP meledak 21 gol sepanjang bersama pasukan itu musim lalu.
Sarabia berpeluang membuat penampilan pertama dalam saingan EPL apabila Wolves menentang juara bertahan, Manchester City hujung minggu ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!