Manusia tertua di dunia meninggal pada usia 118 tahun

Lucile Randon. - Foto AP
Lucile Randon. - Foto AP
A
A
A
PARIS - Manusia tertua di dunia iaitu Lucile Randon, meninggal dunia pada usia 118 tahun di bandar Toulon, selatan Perancis, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik Datuk Bandar Hubert Falco.

Biarawati Perancis itu yang juga dikenali sebagai Sister Andre dilahirkan di bandar Ales selatan Perancis pada 11 Februari 1904.

Sister Andre sebelum ini disenaraikan sebagai manusia tertua yang masih hidup oleh Kumpulan Penyelidikan Gerontologi pada April tahun lalu.

Wanita Perancis itu bekerja sebagai guru persendirian ketika muda dan mula bergiat aktif dalam institusi keagamaan ketika berusia awal 40-an.

Mendiang adalah warganegara kehormat Toulon, dan tinggal di rumah jagaan warga emas selama beberapa tahun.

Falco memujinya sebagai wanita "moden" dan "biarawati yang berjiwa besar."

Rekod Dunia Guinness menobatkan Lucile, sebagai orang Perancis kedua tertua dan orang Eropah kedua tertua pernah direkodkan.

"Adalah satu penghormatan untuk merekodkan kisahnya dalam halaman buku Rekod Dunia Guinness, dan nama Lucile akan terus terpahat dalam sejarah sebagai manusia keempat tertua."

Selepas kematiannya, Maria Branyas Morera yang tinggal di Sepanyol kini menyandang gelaran manusia tertua di dunia pada usia 115 tahun. - Bernama
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!