Ladang babi Selangor berisiko tinggi dijangkiti ASF

Ladang babi di Selangor berisiko tinggi dijangkiti wabak ASF sekiranya tiada kawalan ketat. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Izham)
Ladang babi di Selangor berisiko tinggi dijangkiti wabak ASF sekiranya tiada kawalan ketat. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Izham)
A
A
A

SHAH ALAM - Ladang babi di Selangor berisiko tinggi dijangkiti wabak demam babi Afrika (ASF) sekiranya tiada kawalan ketat bagi pencegahan penyakit itu daripada terus merebak.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir Izham Hashim berkata, faktor itu disebabkan keadaan geografi negeri berkenaan.

Menurutnya, penternak perlu bertanggungjawab dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan menggandakan tahap biosekuriti bagi membendung penularan.

"Penternak juga perlu melapor dan mengambil tindakan segera kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) jika mendapati ternakan mereka disyaki dijangkiti ASF," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Rabu.

Sebelum ini media melaporkan Pulau Pinang mengisytiharkan penyakit ASF di negeri itu sebagai bencana selepas lima lagi ladang ternak babi dijangkiti penyakit itu.

Izham berkata, kerajaan negeri melalui JPV sentiasa mengambil tindakan dengan survelan aktif dan penternak juga perlu mengikuti prosedur ketat.

Mengulas mengenai masalah pencemaran najis dari ladang babi di negeri ini, Izham berkata, perlaksanaan konsep Ladang Babi Moden (MPF) diyakini dapat menyelesaikan masalah berkenaan.

Katanya, terdapat empat kaedah yang boleh diguna pakai MPF itu antaranya melaksanakan sistem sifar pelepasan (zero discharged).

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, MPF juga menggunakan konsep 'Close house system' (sistem kandang tertutup), zon penampan dan pematuhan Amalan Kebersihan Veterinar Yang Baik (GVHP)," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!