Teliti keperluan tambah jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Sabah, Sarawak

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan meneliti keperluan menambah jawatan Hakim Mahkamah Tinggi untuk Sabah dan Sarawak susulan peningkatan jumlah kes, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pada Rabu, beliau berkata, perkara itu merupakan antara cadangan yang dikemukakan pada mesyuarat tersebut.

"Dikemukakan juga cadangan mengenai penambahan jawatan Hakim Mahkamah Tinggi untuk Sabah dan Sarawak. Kita berikan sedikit keutamaan terutamanya penambahan jawatan-jawatan kerana meningkatnya kes-kes di Sabah dan Sarawak,” kata beliau.

Anwar berkata, proses pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi untuk Sabah dan Sarawak perlu dirujuk kepada Yang Dipertua Negeri masing-masing.

"(Kalau) ikut dalam peraturan fasal Perlembagaan (pelantikan) kena rujuk Yang Dipertua Sabah dan Sarawak sebelum dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata, mesyuarat turut bersetuju supaya kerajaan melihat kedudukan bangunan mahkamah di Sabah dan Sarawak yang ada dikesan agak daif. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!