Pameran Keluarga Cycads

A
A
A
Pengunjung melihat pokok jenis Cycads yang dipamerkan dalam pameran Keluarga Cycads anjuran Komuniti Bukit Kapar di Dewan Orang Ramai Bukit Kapar baru-baru ini.

Kira-kira 200 pokok yang terdiri daripada keluarga Cycads dipamerkan dengan anggan nilai hampir RM1 juta ini menjadi tumpuan penduduk setempat malah menarik menarik minat peminat Cycads dari negeri lain untuk hadir untuk melihat keunikan pokok Cycads di pameran tersebut selain menambah ilmu dan bertukar

pandangan. Pameran ini merupakan pertama kali diadakan bagi mengetengahkan keluarga Cycads di mata masyarakat khususnya kepada peminat-peminat pokok jenis ini dan hampir 70 peratus pokok keluarga Cycads dari pelbagai negara dapat dikumpulkan dan dipamerkan. Cycadophyta adalah divisi tumbuhan benih

bercirikan batang tebal dan berkayu dengan susunan dedaun pinat, keras malar hijau serta ekajantina; ia merangkumi keluarga-keluarga Cycadaceae, Stangeriaceae, and Zamiaceae dalam ordo Cycadales. Pokok-pokok dalam kelompok ini (yang turut disebut dengan nama siakas atau sikad, cycads) boleh menyerupai

pokok-pokok palma atau paku pakis, namun dua-dua jenis tumbuhan ini langsung tiada perkaitan rapat. Pokok-pokok ini di seluruh dunia berkurangan taburan di mana empat spesies diancam kepupusan sementara tujuh spesies lain hanya ada kurang dari 100 tumbuhan yang tinggal hidup meliar. Ia dijumpai banyak di
Artikel Berkaitan:


bahagian subtropika dan tropika di dunia. Kepelbagaian spesies terbesar berlaku di benua-benua Amerika Selatan dan Tengah. Sebanyak 65 spesies diketahui bertaburan di Mexico, Antillen, tenggara Amerika Syarikat, Australia, Melanesia, Mikronesia, Jepun, China, Asia Tenggara, India, Sri Lanka, Madagaskar, serta

selatan dan tropika Afrika. Sebahagian spesies-spesies dapat bertahan hidup di gurun tandus atau iklim separa gurun, dalam keadaan hutan hujan atau juga kedua-duanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Tinjauan banjir di Kuala Terengganu

No Image Caption
GALERI

Aktiviti Musim Tengkujuh

No Image Caption
GALERI

Lawatan Muzium Kesenian Islam Malaysia