Pasangan suami isteri didakwa simbah cat merah
18 Januari 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 18 JANUARI 2023
Pasangan suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulai, Johor pada Rabu, atas tuduhan melakukan khianat dengan menyimbah cat merah pada pintu pagar dan halaman sebuah rumah, pada tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Bagaimanapun, tertuduh Yaw Chern Fong, 26, dan isterinya, Phang Siew Wei, 44, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi.
Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa melakukan khianat dengan menyimbah cat merah pada pintu pagar dan halaman rumah milik seorang wanita membabitkan kerugian kira-kira RM200.
Artikel: https://bit.ly/3ZM0KM8
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #malaysiaberintegriti