Polis tingkat rondaan sempena Tahun Baharu Cina

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Wan Muhamad Wan Ja'afar menyerah cenderahati kepada pengguna jalan raya pada Ops Selamat 19 Sempena Tahun Baharu Cina di Bandar Chukai, Kemaman pada Rabu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Wan Muhamad Wan Ja'afar menyerah cenderahati kepada pengguna jalan raya pada Ops Selamat 19 Sempena Tahun Baharu Cina di Bandar Chukai, Kemaman pada Rabu.
A
A
A

KEMAMAN – Polis Kemaman akan meningkatkan rondaan kawalan keselamatan di kawasan kediaman yang ditinggalkan bagi memastikan tidak berlaku kejadian pecah rumah dan kecurian sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, orang ramai diingatkan agar memastikan kediaman dan premis perniagaan telah dikunci sebelum pulang ke kampung halaman.

"Kita akan menggerakkan operasi pencegahan jenayah serta membuat pemeriksaan di kawasan tumpuan bagi memastikan keselamatan orang ramai terjamin.

"Dalam masa yang sama, orang ramai diingatkan untuk memaklumkan kepada pihak polis di balai polis berdekatan sebelum meninggalkan premis. Beritahu juga kepada jiran untuk membantu memerhatikan kediaman anda sepanjang ketiadaan di rumah," katanya ketika ditemui pada Ops Selamat 19 Sempena Tahun Baharu Cina di Bandar Chukai, di sini pada Rabu.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, sebanyak 64,352 saman pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan sepanjang tahun lalu.

"Daripada jumlah itu sebanyak 49,570 saman melibatkan POL 170A, 14,782 (POL 257), 1,508 (tiada lesen memandu), 1,382 (kemalangan), 861 (tidak memakai topi keledar), 613 (tidak patuh lampu isyarat) dan 325 kes tidak memakai tali pinggang keledar.

"Kita menerima ebanyak RM760,250 kutipan diterima termasuk bayaran kompaun sepanjang tahun lalu," kata beliau.

Dalam pada itu, Hanyan turut mengingatkan orang ramai supaya mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku terutama sepanjang musim perayaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, berdasarkan rekod sebanyak 38 kes kemalangan maut berlaku sepanjang tahun lalu di daerah berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!