Mayat tanpa kepala: Polis rakam keterangan seorang saksi

Shafa’aton. Laporan Sinar Harian pada Selasa.
Shafa’aton. Laporan Sinar Harian pada Selasa.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Polis telah merakam percakapan seorang individu bagi membantu siasatan berkaitan penemuan mayat tanpa kepala yang ditinggalkan dalam sebuah bagasi di tepi Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Rawang Selatan arah utara di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, setakat ini hanya seorang saksi telah dirakam percakapan berkaitan kes terbabit.

"Hasil bedah siasat mendapati, mangsa bukan warga tempatan dan bukan Muslim, punca kematian pula adalah 'multiple blunt and sharp injury'.

"Kita masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti identiti sebenar mangsa," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Pada Selasa, media melaporkan polis telah menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan pada jam 11.45 pagi.

Shafa’aton dilaporkan berkata, pemeriksaan di dalam bagasi berkenaan ada terjumpa serpihan potongan badan iaitu mayat tanpa kepala dan kedua-dua belah tangan serta kaki.

Keadaan mayat dipotong dari bahagian pinggang ke atas dan tiada dokumen pengenalan diri dan siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!