Bekas KSN Abdullah Ayub meninggal dunia
A
A
A
Perkara itu disahkan isterinya, Toh Puan Anna Abdul Ranee ketika dihubungi Bernama.
"Tun dimasukkan ke IJN 4 Disember lepas kerana masalah jantung biasa. Bagaimanapun, beliau diserang strok pada 5 pagi Jumaat lalu (7 Disember).
“Selepas menjalani rawatan, beliau meninggal dunia pada 1.33 pagi ini,” katanya.
Beliau berkata solat jenazah akan berlangsung di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara di sini selepas solat Zohor, sebelum urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Dilahirkan pada 3 Jan 1926 di Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Perak, Allahyarham dilantik menjadi Ketua Setiausaha Negara pada 1 Jan 1979 dan bersara daripada perkhidmatan awam pada 3 Januari 1981. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!