Bapa 'reda' ikan arowana digoreng anak

Nizam Naaban (kiri) dan anaknya yang memegang ikan arowana yang digoreng di rumah mereka di Sumatera Utara. - Agensi
Nizam Naaban (kiri) dan anaknya yang memegang ikan arowana yang digoreng di rumah mereka di Sumatera Utara. - Agensi
A
A
A

JAKARTA - Teka-teki kehilangan seekor ikan peliharaan dalam akuarium seorang lelaki di Sumatera Utara terjawab apabila ikan arowana miliknya digoreng anak-anaknya sendiri.

Ikan dari spesies 'super red short' dianggarkan bernilai 15 juta rupiah (RM4,286) milik Nizam Naaban disyaki 'melompat' keluar selepas dia mendapati ikan diletakkan dalam akuarium di rumahnya telah kosong.

Menurut portal Kompas.com, Nizam kemudian berusaha mencari ikan arowana hilang itu dengan menyangkakan ia sudah melompat keluar dari akuarium tersebut.

“Semasa kejadian, saya berada di tingkat atas sedang memasang peralatan gim, apabila turun ke bawah, saya mendapati akuarium itu kosong dan hanya tinggal ikan kecil lain.

“Bagaimanapun, saya bergegas memberitahu isteri dengan menyangka ikan arowana sudah melompat keluar dari akuarium selepas mencari di merata-rata tempat.

“Tidak lama kemudian, dua anak perempuan saya yang masih bersekolah datang membawa sepinggan ikan goreng yang sebenarnya ikan arowana yang hilang itu,” katanya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!