PM New Zealand, Jacinta Ardern letak jawatan
WELLINGTON - Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan akan meletak jawatan menjelang 7 Feb, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Ardern membuat pengumuman mengejut itu semasa sidang media pertamanya bagi 2023 pada Khamis.
"Kami memberikan semuanya selagi kami mampu. Dan bagi saya, sudah tiba masanya (meletak jawatan)," katanya.
Peletakan jawatannya berkuat kuasa selepas pelantikan perdana menteri baharu.
Undian kaukus untuk memilih pemimpin baharu Parti Buruh akan berlangsung pada Sabtu.
Adern dilantik sebagai perdana menteri pada 2017 ketika berusia 37 tahun dan merupakan wanita termuda di dunia yang memimpin kerajaan.
Ardern juga mengumumkan pemilihan tahun ini akan diadakan pada 14 Oktober. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!