Tragedi Batang Kali: Laporan penuh dijangka siap hujung Januari
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Laporan penuh dari Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berhubung tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali, Selangor pada Disember lepas dijangka siap, hujung bulan ini.
Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, beberapa isu telah dibangkitkan berhubung insiden tersebut selepas laporan awal dibentangkan di kabinet awal bulan ini.
"Laporan penuh insiden berkenaan akan dibentangkan ke kabinet," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan tahun baharu Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) di Wisma Sumber Asli sini pada Khamis.
Seramai 31 orang terkorban manakala 61 lagi terselamat daripada keseluruhan 92 mangsa yang terlibat dalam kejadian pada 16 Disember lepas. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!