Lelaki hilang di Sungai Semantan ditemukan lemas

Mayat Muhammad Ikram Abdul Jalal ditemukan terapung pada jam 8.37 pagi, Khamis selepas dikhuatiri lemas ketika memancing pada Selasa. - Foto Ihsan JBPM
Mayat Muhammad Ikram Abdul Jalal ditemukan terapung pada jam 8.37 pagi, Khamis selepas dikhuatiri lemas ketika memancing pada Selasa. - Foto Ihsan JBPM
A
A
A

TEMERLOH - Pencarian seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Semantan dekat Jambatan Mempatih, Lanchang di sini pada Selasa berakhir apabila mayatnya ditemukan pada Khamis.

Mayat Muhammad Ikram Abdul Jalal, 23, ditemukan terapung pada jam 8.37 pagi oleh anggota bomba dan Unit Anjing Pengesan (K9) kira-kira 1.5 kilometer dari tempat kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Pahang), Ismail Abdul Ghani berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan sempurna dan berseluar susulan mangsa tidak berbaju ketika terjatuh.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula jam 8 pagi tadi dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum ini, mangsa dikhuatiri lemas dan dipercayai terjatuh dari tebing ketika memancing bersama sepupunya.

Muhammad Ikram yang juga anak ke tujuh daripada lapan beradik bakal menyambung pengajian Diploma Kejuruteraan Automatif (Penyelenggaraan) di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara(IKTBN) Temerloh pada 7 Februari depan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!