Banjir Kota Tinggi pulih

Sebahagian rumah mangsa terlibat banjir kilat malam kelmarin sehingga terpaksa dipindahkan di pusat pemindahan sementara.
Sebahagian rumah mangsa terlibat banjir kilat malam kelmarin sehingga terpaksa dipindahkan di pusat pemindahan sementara.
A
A
A
KOTA TINGGI - Dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah ini ekoran banjir kilat menjejaskan penduduk dari Taman Aman dan Taman Mawai ditutup petang, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata, PPS di Dewan Kolej Vokasional, Kota Tinggi dan Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota itu ditutup pada jam 6.30 petang.

Bagaimanapun katanya, pusat pemindahan bagi mangsa kejadian tanah runtuh di Felda Linggiu yang berlaku Khamis lalu masih dibuka sehingga keadaan kawasan dipastikan selamat.

"Merujuk kepada kejadian luar jangkaan seperti yang berlaku di Daerah Kota Tinggi baru-baru ini, peranan kerajaan negeri yang lebih maklum dengan perkara seperti ini dengan agensi yang terlibat akan terus melaksanakan pemantauan dari masa ke semasa.

"Walaupun keadaan cuaca ketika ini hujan dan memastikan pantauan terhadap kawasan kejadian tanah runtuh juga diberikan perhatian serius kerana dimaklumkan ketika ini masih berlaku pergerakan tanah akibat hujan lebat,"katanya dalam satu kenyataan.
Artikel Berkaitan:


Tambahnya, bantuan segera kepada mangsa yang terlibat juga telah dilakukan bagi mengurangkan beban mangsa dan memastikan keselamatan serta keselesaan diutamakan.

Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada agensi keselamatan seperti Bomba, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang bertindak pantas membantu mangsa terlibat.

"Kepada penduduk sekitar saya mohon peka dan patuh arahan pihak berkuasa untuk berpindah sekiranya keadaan semakin memburuk," katanya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!