Operasi asap hitam: JAS keluar tiga notis, dua kompaun

Sebuah kenderaan diperolsa dalam operasi pelepasan asap hitam di Dungun pada Rabu. - Foto JAS
Sebuah kenderaan diperolsa dalam operasi pelepasan asap hitam di Dungun pada Rabu. - Foto JAS
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu mengeluarkan tiga notis arahan dan dua kompaun kepada empat pemilik kenderaan dalam satu operasi pelepasan asap hitam di Dungun pada Rabu.

Pengarahnya, Ramli Abd Rahman berkata, selain itu, sebuah kenderaan turut diuji di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996 dalam operasi berkenaan.

“Notis arahan dikeluarkan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan kompaun di bawah Peraturan 11. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol)1996,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Menurutnya, kesalahan tersebut dikesan hasil pemeriksaan yang dijalankan terhadap 150 kenderaan sepanjang operasi berlangsung.

Beliau berkata, semua kenderaan diperiksa secara visual manakala lima daripadanya telah menjalani ujian meter asap.

“Pemilik kenderaan berenjin diesel dan berenjin petrol diingatkan supaya memastikan kenderaan sentiasa diselenggara dan berada dalam keadaan yang baik serta mematuhi Peraturan-Peraturan yang ditetapkan di bawah, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," katanya.

Jelas Ramli, seramai enam penguat kuasa dari Unit Kenderaan Bermotor JAS negeri Terengganu dan 10 orang anggota dari pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun terlibat dalam operasi tersebut.

"JAS Terengganu akan meneruskan operasi seperti ini secara berkala untuk memastikan pemilik kenderaan motor sentiasa mematuhi pelepasan asap hitam melalui ekzos kenderaan diesel dan pencemar bergas dari kenderaan berenjin petrol mengikut spesifikasi yang dibenarkan.

Artikel Berkaitan:

"Ini kerana pelepasan asap hitam dan pencemar bergas berlebihan berisiko memberi kesan buruk kepada kualiti udara dan seterusnya memberi kesan kepada kesihatan manusia serta alam sekitar," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!