Warta etak sebagai warisan negara

Orang ramai mendapatkan etak salai percuma pada Karnival Etak Salai Kelantan di UMK Bachok. (Gambar kecil: Azizi)
Orang ramai mendapatkan etak salai percuma pada Karnival Etak Salai Kelantan di UMK Bachok. (Gambar kecil: Azizi)
A
A
A

BACHOK - Univesiti Malaysia Kelantan (UMK) merancang untuk mewartakan etak salai sebagai warisan negara.

Naib Canselornya, Profesor Dr Noor Azizi Ismail berkata, hal itu akan dirujuk kepada Bahagian Warisan Tidak Ketara (Makanan), Jabatan Warisan Negara.

Katanya, hasrat itu dicetuskan UMK selepas mengadakan mesyuarat Pemegang Taruh Etak Salai di UMK, Bachok, hari ini.

"Empat fakulti di UMK diketuai Dekan Fakukti Sains Bumi, Profesor Madya Dr Aweng Eh Rak menjalankan penyelidikan mengenai etak salai di Kelantan selama tiga tahun.

"Kita mendapati nilai etak salai sangat tinggi bukan sahaja sebagai makanan warisan, malah sebagai tarikan pelancong," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kernival Etak Salai Kelantan di UMK Bachok, hari ini.

Noor Azizi berkata, pemuliharaan etak perlu dilakukan bagi mengatasi masalah kekurangan moluska cangkerang dua itu di negeri ini.

Katanya, etak yang ada negeri ini tidak cukup untuk jualan yang menyebabkan ia dieksport dari negara jiran.

Artikel Berkaitan:

"Sebab itulah perlu kepada kita untuk menjaga habitatnya dan mungkin juga perlu dimasukkan di dalam enakmen Jabatan Perikanan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!