8 terkorban runtuhan salji di Tibet China

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

ANKARA - Lapan orang disahkan maut setakat malam Rabu selepas runtuhan salji berlaku di bandar Nyingchi di Wilayah Autonomi Tibet barat daya China, menurut media kerajaan.

Biro keselamatan awam di Daerah Medog Nyingchi menerima panggilan mengenai runtuhan salji di pintu keluar terowong di lebuh raya yang menghubungkan Medog dengan Pad Township di wilayah Mainling pada kira-kira 7.50 malam waktu tempatan (1150GMT) pada Selasa.

Orang ramai dan kenderaan terperangkap dalam kejadian itu, menurut pihak berkuasa perbandaran Nyingchi pada lewat Rabu.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang masih berjalan, lapor Agensi Berita Xinhua.

Menurut media kerajaan Global Times, pihak berkuasa tempatan menghantar 131 orang dan 28 kenderaan ke tempat kejadian.

Satu kumpulan kerja daripada Kementerian Pengurusan Kecemasan China juga dihantar ke Wilayah Autonomi Tibet Barat Daya China, menurut media itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!