'Kita hendak senang sekarang atau depan ALLAH nanti'

Forum yang bertajuk Tadbir Urus Berintergriti yang dibincangkan oleh panel, Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin; Nik Mohd Hasyudeen, Pegawai Dasar dan Kajian APPGM-SDG, Teo Lee Ken dan moderator, Sayed Munawar Sayed Mustar pada Konvesyen Tadbir Urus Berintergriti yang diadakan di Bangi Golf Resort. - Foto Sinar Harian/Rosli Talib
Forum yang bertajuk Tadbir Urus Berintergriti yang dibincangkan oleh panel, Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin; Nik Mohd Hasyudeen, Pegawai Dasar dan Kajian APPGM-SDG, Teo Lee Ken dan moderator, Sayed Munawar Sayed Mustar pada Konvesyen Tadbir Urus Berintergriti yang diadakan di Bangi Golf Resort. - Foto Sinar Harian/Rosli Talib
A
A
A

BANGI- Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff mengingatkan masyarakat untuk senantiasa melakukan sesuatu pekerjaan dengan amanah dan sama sekali untuk menolak melakukan perbuatan jijik rasuah.

Beliau yang juga merupakan Pasukan Teras Rasuah Busters berkata, mungkin 'seronok' untuk membuat kesalahan itu kerana rasuah memberikan kita kesenangan sementara, namun pesannya kita akan dipertanggungjawabkan di atas apa yang kita lakukan ketika ini.

"Ketika saya menjadi CEO TH, saya ingatkan pengawai saya, kita kena ingat satu masa nanti kita akan berdiri di hadapan ALLAH, apa yang kita buat ini akan dipersoalkan, akan ada hisab, tindakan hari ini ada kesannya pada masa mendatang, jadi bila kita ini umat Islam nanti hadapan ALLAH kita tidak boleh 'pusing-pusing' dah, laporan audit boleh kita pusing lagi.

Nik Mohd Hasyudeen
Nik Mohd Hasyudeen

"Jadi kita perlu ambil serius tanggungjawab kita, sama ada orang tahu atau tidak, akan diaudit atau tidak, sekiranya kita diarah untuk membuat sesuatu yang bertentangan adakah kita sanggup lakukan? ingat kita hendak senang sekarang atau dihadapan ALLAH nanti," katanya ketika menjadi panel forum bertajuk 'Tadbir Urus Berintegriti' bersempena Konvensyen Tadbir Urus Berintegriti yang berlangsung di Bangi Golf Resort pada Khamis.

Tambahnya, dari segi persektif Islam juga kita dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab perlu menjadikan ia sebagai satu ibadah.

"Itulah yang digalakkan, sekiranya hendak negara ada perubahan kita juga perlu melakukan perubahan itu," tegasnya.

Sementara itu, ketika bercakap mengenai untuk mendepani isu rasuah, Nik Mohd Hasyudeen menegaskan setiap daripada ketika perlu memainkan peranan masing-masing.

Artikel Berkaitan:

"Kita tatap muka kita dalam cermin, tanya orang dalam cermin itu, kalau setakat cakap sahaja itu tidak mendatangkan sebarang solusi, kita kalau cakap kena buktikan dengan perbuatan, peranan itu yang penting saling berperanan," katanya.

Sementara itu, Pegawai Dasar dan Kajian Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPGM) - Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Teo Lee Ken berkata, kawalan kuasa terhadap kuasa politik sangat penting dalam memastikan berlakunya instrumen semak dan imbang di negara ini.

Lee Ken
Lee Ken

Katanya, sekiranya negara ini ingin memacu perubahan, stuktur politik Malaysia perlu kompiten dan rakyat digesa untuk bersama memainkan peranan berkenaan.

Jelasnya, instrumen itu juga membolehkan kita untuk mencegah budaya rasuah daripada terus berleluasa di negara ini.

"Kita perlu ada perbatasan kuasa, ada semak dan imbang, ini juga perlu diberi penekanan yang sewajarnya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!