Tamparan hebat buat Netanyahu

Deri (kiri) merupakan sekutu utama Netanyahu. - Foto: Agensi
Deri (kiri) merupakan sekutu utama Netanyahu. - Foto: Agensi
A
A
A

TEL AVIV - Kerajaan gabungan baharu Israel pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu menerima tamparan hebat selepas sebuah mahkamah tertinggi pada Rabu memutuskan seorang anggota kanan beliau yang disabit bersalah mengelak cukai tidak boleh memegang jawatan menteri.

Keputusan itu bagaimanapun dikritik kerajaan berhaluan kanan tersebut yang kini berikrar untuk meneruskan rancangan kontroversi mahu merombak sistem kehakiman negara, sekali gus melemahkan kuasa Mahkamah Agung dan keupayaan membatalkan undang-undang.

"Pelantikan Aryeh Deri yang memegang portfolio Kementerian Kesihatan dan Dalam Negeri adalah tidak wajar. Netanyahu mesti menyingkirkan Deri daripada jawatannya," ujar hakim berdasarkan keputusan 10-1 undi.

Ketua parti ulta-Ortodoks, Shas tersebut didenda 180,000 shekel (RM228,500) pada tahun lalu selepas beliau mengaku bersalah atas tuduhan mengelak cukai dan turut melepaskan kerusi di Knesset (Parlimen).

Ketika itu, Deri seolah-olah mahu bersara daripada dunia politik kononnya untuk menerima hukuman lebih ringan, namun beliau bertanding semula semasa pilihan raya umum pada November lalu.

Menurut panel hakim itu, pelantikan beliau sebagai menteri adalah bercanggah dengan prinsip asas kedaulatan undang-undang.

Susulan keputusan itu, pemimpin pembangkang, Yair Lapid memberi amaran kerajaan gabungan baharu itu dianggap melanggar undang-undang jika Netanyahu tidak memecat Deri.

"Mereka tidak boleh berharap rakyat akan mematuhi undang-undang jika mereka sendiri gagal berbuat demikian," tegas bekas Perdana Menteri itu lagi.

Artikel Berkaitan:

Pada bulan lalu, Knesset meluluskan undang-undang membenarkan individu disabit bersalah dan tidak dihukum penjara berkhidmat sebagai menteri bagi memberi laluan kepada Deri. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!