Kenderaan rasmi PDRM hilang

No Image Caption
A
A
A

KAJANG - Sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire milik pasukan yang digunakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dilapor hilang dipercayai dicuri.

Toyota Vellfire berwarna hitam itu disedari hilang di kawasan parkir sebuah restoran sate di Sungai Ramal, di sini, kira-kira jam 8 malam tadi.

Terdahulu, pemandu kenderaan terbabit berusia 31 tahun baru selesai menyelenggara kenderaan itu di Jinjang, Kuala Lumpur untuk ke Negeri Sembilan.

Namun, kira-kira jam 7 petang, pemandu terbabit telah singgah makan di restoran berkenaan. Apabila selesai, pemandu terbabit menyedari kenderaan tersebut tiada di tempat parkir bersebelahan restoran tersebut dipercayai dicuri.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah menerima laporan yang dibuat pemandu terbabit.

"Beberapa barang dilapor hilang antaranya kad kuasa, dompet dan dokumen peribadi mangsa.

"Siasatan diteruskan dan usaha mengesan kenderaan terbabit masih giat dijalankan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!