ASFC kongsi kepakaran, pengalaman bentuk pelapis cilik
AKADEMIK Anak Sejati Football Club (ASFC) menganjurkan satu program Klinik Bola Sepak Akar Umbi Bawah 8, 10, 12, 15 dan 17 Tahun pada Ahad lalu.
Klinik berkenaan turut mendapat kerjasama Cabang Kapar Sejahtera dan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa N43.
Program di Padang Kampung Perepat itu mendapat sambutan menggalakkan generasi muda kampung tersebut, selain sokongan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Izrin Nabil.
Sementara itu, Presiden Anak Selangor Fans Club (ASFC), Mohd Faizal Wahid percaya klinik bola sepak tersebut dapat mencungkil bakat baharu dalam kalangan pelapis muda di Sementa.
“ASFC akan menggunakan segala pengalaman dan kepakaran bagi memastikan usaha mencungkil bakat dalam kalangan generasi muda khasnya untuk bola sepak Selangor dan Malaysia secara amnya.
“Saya mengharapkan klinik bola sepak itu bukan setakat aktiviti fizikal semata-mata namun juga sebagai platform pengisian rohani kepada semua peserta terbabit,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!